date:23.10.06
title:Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum wbt..
sahabat2 sekalian, hari ini berakhirnya sudah bulan Ramadhan.Erm, mcm x percaya je dah abis bulan puasa.Sungguh cepat masa berlalu.
Kini tiba la Hari Raya yg kita semua nantikan.(kalo x sume, at least aku tunggu hari raya).
bukannya ape, tp Hari Raya merupakan hari kemenangan, hari menunjukkan kita berjaya juga menunaikan ibadah di bulan puasa, terutama sekali ibadah puasa.(ni hanya sesuai utk org yg x ponteng puasa secara sengaja).Hari raya juga begitu besar maknanya, kerana hari ini la ahli2 keluarga berkumpul dn bermaaf-maafan.
Tu sbb, tahun ni sy rasa sayu beraya tanpa keluarga di sisi.Tuhan saja yg tahu bagaimana perasaan sy bila mendengar kalimah takbir dialun.
Sedih woo..tapi x menitik air mata, sbb ramai org kat surau td.
Dan di New Zealand, kami beraya pd hari yg sama di tanah air, walaupun ura2 mengatakan hari raya pada hari rabu.
Alhamdulillah, akhirnya anak bulan menunjukkan juga rupanya pada malam ni, itu pun di Invercargill.
Sahabat2 ku,
dengan ini, saya memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan perbuatan yg tidak disenangi.Memang kita x pernah beraya bersama2, tetapi ingatan kalian terhadap saya membuatkn hidup saya telah lengkap.Terima kasih dn Salam Aidilfitri.
Manager Lavender
>> posted at 20:26
Assalamualaikum wbt.
Lama x menulis/menaip utk blog Glace.Dan blog Glace ni pun, mcm sunyi sepi.
Jadi, di kesempatan ini, saya ingin la mengucapkan selamat menunaikan ibadah di bulan ramadhan.Agak terlambat nk ucapkan selamat menyambut ramadhan since kita dah berada di fasa ke 3 Ramadhan.
Bila bangun sahur sorang2, saya teringat balik zaman berpuasa di SSP dulu.Time kita semua form 5. Byk2 kenangan, paling sy ingat ialah time bersahur di hotel lavender.
Pagi tu, semua org bangun lambat, dn waktu bangun tu mmg dah nk dekat imsak sangat2.
Sape yg ade pagi tu ek?? Erm, ahli2 tetap hotel lavender, dicampur dgn pendatang2 lain tanpa izin termasuk la
Pa'en,
Lized, Popo (mayb) dn mungkin juga
Hana.
Tapi paling ingat Pa'en la.Hahaha.
Dah la dah nk abis waktu bersahur, smpt lagi kitaorg makan, makanan seperti biasa di sponsor oleh
Cik Saffiya Azahari kita since masa tu berada di '
Bay Miskin'.Makanan pada pagi tu ialah
cereal dgn
susu,
biskut, dn lebihan berbuka smlm nye.
hahaha.time tu, semua org x pegi gosok gigi, paling igt sekali muka semua org yg terkocoh2 nk makan sahur jugak.
Then, salah seorang check jam, and masa tu dah abis dah waktu sahur.
Pastu ade la sorg ni mencelah,
'Eh, boleh makan lagi la sebelum azan'Lepas je member tu berkata begitu, semua org sambung makan lagi.
Tak lama lepas tu, azan berkumandang, semua org stop makan.
Pa'en pulak bukak mulut
'Eh korang, mak aku ckp, boleh makan sampai azan abis'hahahaha.part ni paling lawak, kerana nak sgt abiskan makanan, semua org makan smp azan abis berkemundang.
Kelakar la.Sebab nk makan sgt, semua theory yg men'convincing' kan keluar.
Asalkan boleh abiskan makanan ek..
Tak tau la ape jadi kat puasa hari tu.Sama ada dikira sah atau tidak, sy pn x pasti.hahaha.Tapi, korang ganti la puasa tu ye.haha.
Peristiwa berbuka ni, smp mati pn sy rasa sy x kan lupa.dan mungkin kalo bercucu, sy cerita kan kat cucu saya.dn Pa'en mmg kelakar, walaupun die x berniat nk buat kelakar, tp hampir setiap perbuatan die mampu membuat saya ketawa.
Selain itu, ada baik nya juga kita mengingatkan sesama sendiri, bahawa dlm 10 hari terakhir ramadhan, ada satu malam yang umpama seribu bulan.
Korang sume mesti tau kan, ape yg patut kita rebutkan pada malam tersebut.
jadi, dgn itu sy mengundur diri dulu.
Semoga kita semua diberi peluang dn kesempatan untuk bertemu sendiri dgn malam Lailatul-Qadar.
wassalam
Manager Hotel Lavender
>> posted at 18:59